Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

112) LAMPU SOLAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah MPK akan menukar kesemua lampu jalan yang sediada kepada lampu solar?

    Pihak majlis tidak mempunyai cadangan untuk menukar kesemua lampu jalan sedia ada kepada lampu solar. Pada masa ini, pemasangan dilaksanakan berdasarkan kepada kesesuaian tapak dan keadaan seperti berikut:

     

    1. kawasan lapang/ padang rekreasi
    2. lokasi yang kerap mengalami kecurian kabel/ aksesori aktiviti vandalisme
    3. Pembangunan di kawasan perumahan baru, cadangan daripada pihak pemaju perumahan
  2. Berapakah jumlah lampu jalan yang telah berjaya ditukar ke lampu solar dan nyatakan tempat?

    Terdapat sebanyak 292 lampu jalan jenis solar telah di pasang di sekitar Majlis Perbandaran Klang, lokasi pemasangan adalah seperti di Jadual A.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.