Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
280) LAMPU JALAN SOLAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah lampu solar yang telah dipasang di DUN Bukit Melawati setakat tahun 2024? Nyatakan kawasan lampu ini dipasang.
Sehingga tahun 2024, sebanyak 13 buah tiang lampu telah dipasang di DUN Bukit Melawati.
-
Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggara lampu-lampu solar ini agar keadaannya sentiasa terjamin dan dapat berfungsi dengan baik?
Pihak JKR bertanggungjawab bagi memastikan lampu-lampu solar di jalan-jalan JKR diselenggara dengan baik. Bagi memastikan penyenggaraan lampu dilakukan dengan efisien, pihak JKR sentiasa melakukan rondaan secara berkala bagi memeriksa keadaan lampu solar agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Pihak JKR juga sentiasa merintis pokok yang menghalang cahaya matahari agar lampu solar dapat cahaya matahari secara optimum.
-
Nyatakan jumlah kekerapan penyelenggaraan yang dilaksanakan terhadap lampu-lampu solar yang telah dipasang sebelum ini.
Kekerapan penyelenggaraan adalah bergantung kepada keadaan dan kefungsian semasa lampu solar ditapak. Bagi lampu solar yang dipasang dan masih dibawah tempoh tanggungan kerosakan, pembaikan lampu solar akan dibuat oleh pihak kontraktor dengan segera (anggaran 1-2 minggu). Namun bagi lampu solar yang telah tamat tempoh tanggungan kerosakan, pembaikan lampu akan dilaksanakan oleh pihak JKR.