Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
94) LAMPU JALAN JENIS LED
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak kerajaan mensyaratkan pemaju supaya menggunakan lampu jalan jenis LED bagi semua projek pembangunan yang baru di dalam negeri? Nyatakan pencapaian sekiranya ya
Semua PBT telah mensyaratkan penggunaan lampu jalan jenis LED bagi setiap pembangunan baru di dalam kawasan pentadbiran masing- masing. Berikut adalah maklum balas pelaksanaan yang diterima oleh PBT berhubung penggunaan lampu jenis LED :
BIL PBT MAKLUMBALAS 1. MBSA Sehingga kini semua pembangunan di kawasan baru seperti di sekitar kawasan SP Setia, Elmina West and Eas dan PPC-Glomac menggunapakai lampu LED 2. MBPJ Majlis telah mensyaratkan pemaju mengadakan lampu LED terutamanya untuk jalan awam dan Pemaju telah mematuhi syarat-syarat tersebut.
3. MPK Jumlah lampu jalan yang telah dipasang sehingga ini adalah sebanyak 550 unit. 4. MPAJ PBT telah mensyaratkan kepada semua pembangunan di dalam kawasan pentadbiran MPAJ bermula tahun 2012. 5. MPSJ Lebih kurang 50% daripada permohonan yang dikemukakan telah disyaratkan untuk penggunaan lampu LED terutamanya bagi pembangunan kawasan perumahan dan kawasan komersial
6. MPS PBT tidak mensyaratkan pemaju untuk menggunakan lampu jalan jenis LED bagi semua projek pembangunan baru
7. MPKj Setiap pemaju telah diwajibkan bermula Januari 2013 untuk memasang jenis LED bagi setiap projek pembangunan baru BIL PBT MAKLUMBALAS 8. MPSp Pada tahun 2012 sebanyak 3 permohonan telah disyaratkan kepada pemaju Setia Haruman dan Astana Modal. Manakala sebanyak 7 permohonan telah disyaratkan pada tahun 2013. Walau bagaimanapun buat masa ini syarat pemasangan lampu LED hanya dipasang di Jalan Utama sahaja 9. MDKL PBT tidak mensyaratkan pemaju untuk menggunakan lampu jalan jenis LED bagi semua projek pembangunan baru
10. MDHS PBT telah melaksanakan syarat tambahan kepada pemaju-pemaju baru supaya memasang lampu LED dalam jumlah yang sesuai dan dalam skala projek berkenaan 11. MDKS PBT tidak mensyaratkan pemaju untuk menggunakan lampu jalan jenis LED bagi projek pembangunan yang baru. Namun bercadang untuk mengenakan syarat tersebut di kawasan tempat permainan kanak-kanak dalam kawasan pembangunan baru.
12. MDSB MDSB hanya mensyaratkan penggunaan lampu daripada jenis SON HSPV 150watt dengan menggunakan kabel talian atas kepada pemaju-pemaju yang terlibat dengan projek pembangunan