Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
164) LAMPU JALAN DI TAMAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Demi keselamatan penduduk dan mengurangkan kos penyelenggaraan lampu jalan di taman-taman. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menetapkan syarat supaya lampu biasa ditukar kepada lampu solar LED bagi memastikan Negeri Selangor terus maju?
Penggunaan lampu jalan di taman-taman jenis Light Emitting Diode (LED) menggunakan tenaga solar mampu meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan mengurangkan kos penyelenggaraan di kawsan Pihak Berkuasa Tempatan. Perkara ini sedang dilaksanakan dalam pembangunan taman-taman perumahan dan taman rekreasi baharu di Pihak Berkuasa Tempatan negeri Selangor secara berperingkat melalui syarat Kebenaran Merancang dengan mensyaratkan penggunaan lampu jalan jenis LED di taman perumahan dan lampu solar LED di taman rekreasi. Selain itu, penggantian lampu sedia ada kepada lampu solar LED akan dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada kedudukan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan.