Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
117) LAMPU JALAN DALAM TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan terhadap lampulampu jalan di kawasan taman-taman perumahan yang kerap rosak dan tidak di selenggara?
Kerja-kerja penyelenggaraan lampu awam bagi kawasan taman perumahan terbahagi kepada 2 agensi terlibat iaitu pihak majlis dan Tenaga Nasional Berhad ( TNB ). Bagi lampu tiang jenis galvani pihak majlis bertanggungjawab secara langsung dari segi pembaikan dengan menjalankan kerja penyelenggaraan dan pemantauan secara jabatan dan dibantu oleh pihak kontraktor penyelenggaraan tahunan. Kekerapan kerosakan berpunca daripada vandalisme dan kecurian kabel. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini Majlis telah mengarahkan agar pintu selenggaraan ( servis door ) dipasang lengkap dengan ‘ spot welding’ bagi mengatasi masalah vandalisme ini. Manakala bagi lampu pada tiang konkrit adalah di bawah penyelenggaraan pihak TNB dengan pemantauan bersama oleh Majlis. Kadar kekerapan kerosakan lampu bagi tiang jenis konkrit adalah rendah.
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memasang lampu di sekitar kawasan padang permainan untuk kemudahan orang ramai pada waktu malam?
Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengarahkan kepada pihak pemaju yang menjalankan projek pembangunan baru di kawasan PBT masing-masing agar menyediakan padang permainan yang lengkap berlampu untuk kemudahan pada waktu malam. Manakala bagi padang permainan sedia ada cadangan pemasangan lampu akan di laksanakan secara berperingkat mengikut peruntukan majlis sendiri.