Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
305) LAMPU JALAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri menggalakkan penggunaan lampu solar untuk menggantikan lampu LED bagi mempromosikan "Green Energy"?
Lampu LED dan SOLAR LED adalah lampu jenis cekap tenaga (energy efficient) dan mesra alam (green technology). Kedua-dua jenis lampu ini menggunakan ‘light source’ yang sama iaitu jenis LED. Perbezaan di antara kedua-dua jenis lampu ini hanyalah pada bekalan elektrik kepada ‘light source’ tersebut di mana lampu LED masih menggunakan kabel elektrik sementara lampu SOLAR LED menggunakan tenaga suria melalui photovoltaic panel. Pemasangan lampu jenis SOLAR LED secara prinsipnya adalah lebih mudah dan lebih cepat berbanding lampu LED, namun, terdapat kriteria lain yang perlu dipertimbangkan untuk pemasangan lampu SOLAR LED terutama keadaan lokasi yang tidak terlindung dari mendapat cahaya matahari yang mencukupi untuk menjana bekalan elektrik secukupnya bagi penggunaan lampu tersebut. Selain itu, adalah tidak optimum untuk memasang lampu jenis SOLAR LED sekiranya lokasi yang dicadangkan tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan elektrik secara menggunakan kabel memandangkan bekalan secara kabel elektrik lebih stabil untuk penggunaan jangkamasa panjang.
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan tiang pol TNB disepanjang Jalan Bukit Kemuning disebabkan JKR dan TNB tidak mengakui dan tidak menyelenggara sehingga berlaku kemalangan teruk?
Sebarang aset milik TNB adalah di bawah tanggungjawab dan senggaraan pihak TNB.