Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

89) LAMPU JALAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah punca lampu rosak di sepanjang jalan besar seperti Jalan Kapar, Jalan Meru dan Jalan Haji Sirat?

    Punca utama kerosakan lampu di sepanjang jalan besar di atas adalah disebabkan jangkahayat kabel bawah tanah yang telah uzur melebihi 20 tahun dan kerap berlaku fault. Selain dari itu, kemalangan jalan raya di mana kenderaan terlibat melanggar perabot jalan raya (tiang lampu, tiang lampu isyarat, peti agihan dan lain-lain) turut menjadi punca kepada kerosakan sistem. Vandalisma (kecurian kabel & komponen elektrik) juga punca kepada kerosakan kepada sistem lampu jalan ini.

  2. Adakah kelebihan untuk menganti lampu di jalan besar dengan lampu solar ?

    Kelebihan lampu Solar LED adalah seperti berikut:-

     

    1. Pemasangan yang mudah dan cepat
    2. Tiada pemasangan kabel dan komponen elektrik lain yang boleh menyebabkan berlaku kecurian
    3. Tiada caj penggunaan elektrik TNB
  3. Apakah tindakan yang dibuat oleh agensi untuk mengurangkan pencurian kabel yang menyebabkan kerosakan lampu jalan selain daripada laporan polis ?

    Pihak JKR adalah agensi pelaksana dan bukan penguatkuasaan. Selain dari membuat laporan polis terhadap kecurian kabel, pihak JKR telah mengambil langkah-langkah berikut yang mana adalah di bawah bidang kuasa jabatan seperti :-

     

    1. Meninggikan bukaan ruang servis untuk penamatan kabel (service door) ke aras 1.2m
    2. Menggunakan kabel bawah tanah dari jenis aluminium bagi menggantikan kuprum yang sering dicuri disebabkan nilai belian balik yang tinggi.
    3. Menggunakan lampu jenis Solar LED yang tiada pemasangan kabel serta komponen elektrik yang lain.
    4. Memasang kabel secara talian atas dan bukan di bawah tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.