Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

106) LAMPU JALAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar penggunaan lampu LED berbanding lampu bukan LED dalam Negeri Selangor?

    Pemasangan lampu LED di Negeri Selangor bermula dengan projek perintis di Lebuhraya MRR2 pada Tahun 2010 dengan pemasangan sebanyak 3,639 bilangan lampu. Sehingga Tahun 2020, sebanyak 3,500 bilangan lampu LED telah dipasang di Negeri Selangor berbanding 25,909 bilangan lampu bukan LED iaitu 23,837 bilangan jenis HPSV (High Pressure Sodium Vapor) dan 2,072 bilangan jenis Induksi (Induction).

  2. Berapakah kadar penjimatan yang telah dicapai hasil daripada penggunaan lampu LED?

    Berdasarkan laporan akhir hasil kajian projek perintis di Lebuhraya MRR2, kadar penjimatan tenaga (pengurangan bil elektrik) yang telah dicapai adalah sebanyak 43%.

Lampiran

Tiada Lampiran.