Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

104) LAMPU ISYARAT JALAN BATU UNJUR DAN JALAN KIM CHUAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JKR Persekutuan akan menukar semua kabel lampu isyarat yang telah rosak di simpang-simpang Jalan Batu Unjur dan Jalan Kim Chuan yang sering berlaku kerosakkan?

    Semakan di tapak mendapati terdapat 4 persimpangan lampu isyarat di Jalan Batu Unjur dan Jalan Kim Chuan. Usia pemasangan lampu isyarat ini telah melebihi 20 tahun dan kebanyakan komponen serta kabel telah uzur walaupun lampu isyarat tersebut masih berfungsi.

    Pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Selangor telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi penyenggaraan menyeluruh untuk 4 persimpangan tersebut bernilai RM 1,000,000.00 kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) pada tahun 2021 dan 2022, namun masih belum menerima peruntukan untuk kerja tersebut.

    Sebarang aduan kerosakan yang diterima terhadap 4 persimpangan ini dibaiki secara tenaga Jabatan dengan menggunakan stok alatganti yang ada di Stor Jabatan sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.