Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
187) LAMPU ISYARAT DI PERSIMPANGAN TAMAN SERENDAH
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Dengan ketiadaan lampu isyarat di persimpangan keluar masuk Taman Serendah Makmur mengundang bahaya kepada penduduk setempat apabila hendak keluar simpang jalan tersebut. Apakah ada cadangan pihak kerajaan untuk meletakkan lampu isyarat di kawasan tersebut?
Penentuan pemasangan baru lampu isyarat dilakukan dengan mengambil kira waran-waran yang berpandukan kepada Arahan Teknik Jalan (JKR,Tahun 1985)& (JKR, Tahun 1987) seperti berikut:
Waran 1 – Operasi kenderaan (Vehicle Operation)
Waran 2 – Keselamatan pejalan kaki (Pedestrian Safety)
Waran 3 – Rekod kemalangan (POL 27)
Persimpangan keluar masuk Taman Serendah Makmur terletak di Jalan Persekutuan FT01. Kajian keperluan berhubung pemasangan lampu isyarat di persimpangan tersebut akan dilaksanakan dan sekiranya memenuhi waran-waran di atas, permohonan akan dibuat ke Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.