Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

144) LAMPU ISYARAT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak lampu isyarat di Klang tidak berfungsi dengan sempurna, antaranya simpang Jalan Mengkuang, Simpang Persiaran Pegaga dan Jalan Batu Unjur dan lain-lain. MPK dan JKR telah mengambil masa panjang untuk membaiki. Adakah MPK dan JKR dapat membaiki dalam 24 jam?

    Pembaikan kerosakan lampu isyarat boleh dibuat dalam tempoh 24 jam sekiranya keadaan kerosakan disebabkan oleh petir dan berlakunya ‘trip’.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.