Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

63) LAMBAKAN PEKERJA ASING

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Lambakan warga asing yang berniaga dalam sektor peruncitan dan industri seperti jahitan pakaian secara pukal di Selangor.

  2. Apakah tindakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan?

    Kerajaan Negeri melaksanakan operasi bersepadu sebagai contoh dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengekang aktiviti  peruncitan yang menggajikan pekerja warga negara asing tanpa permit yang sah. Ini kerana Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai kuasa untuk menahan atau menangkap warga negara asing sama ada yang masuk dengan permit yang sah mahupun tidak.

  3. Adakah mereka layak berniaga dan bagaimana proses permit niaga dikawal?

    Warga asing boleh berniaga di Negeri Selangor bagi perusahaan di bawah lesen perniagaan dan establisymen makanan. Walau bagaimanapun, warga asing tidak boleh membuka perniagaan di bawah lesen penjaja.

    Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing dikawal menerusi peraturan yang ditetapkan, di mana proses kelulusan permit yang dipohon adalah seperti berikut:

    1. Permohonan Permit – Warga asing yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia perlu memohon permit niaga terlebih dahulu daripada PBT.
    2. Syarat dan Kelayakan: Warga asing mesti memenuhi beberapa syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk:
    • Pemilikan syarikat – kouta pemilikan saham minoriti kepada warga asing;
    • Kemampuan modal kewangan; dan
    • Keperluan memiliki lesen perniagaan atau sijil tertentu bergantung kepada jenis perniagaan.

    iii. Penilaian oleh Pihak Berkuasa: Setelah permohonan diterima, Pihak Berkuasa akan menjalankan penilaian merangkumi pemeriksaan dokumen dan lokasi perniagaan agar tidak memberi impak negatif kepada komuniti setempat.

    iv. Pemantauan dan Penguatkuasaan –  Setelah permit diluluskan, Pihak Berkuasa akan terus melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap perniagaan yang dijalankan oleh warga asing bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan sedia ada. Jika didapati pengusaha premis berlesen yang gagal mematuhi syarat-syarat berkaitan pengambilan pekerja asing, lesen perniagaan akan ditarik serta-merta dengan disusuli oleh notis pembatalan lesen perniagaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.