Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

54) LAMBAKAN PEKERJA ASING

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan dalam mengatasi lambakan Pekerja Asing di Negeri Selangor ini?

    Bidang kuasa untuk mengatasi lambakan Pekerja Asing terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu di bawah bidang tugas Jabatan Imigresen. Dari segi dasar pula tenaga kerja warga asing adalah di bawah bidang tugas Kementerian Sumber Manusia.

  2. Apakah pula peranan PBT dalam mengekang lambakan ini?

    Manakala peranan PBT dalam mengekang lambakan ini ialah :-

    • Menguatkuasakan tindakan penguatkuasaan terhadap warga asingyang mengusahakan perniagaan seperti di premis-premis terutama premis makanan, kedai runcit dan lain-lain .
    • Menyekat sebarang penglibatan warga asing dalam aktviti perniagaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.