Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
149) LAMBAKAN KERETA ROSAK DAN TERBIAR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang lebih serius diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor telah mengguna pakai pekeliling daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan Standard Operating Procedure (SOP) PBT masing-masing. Tindakan rondaan, penguatkuasaan berkala dan penguatkuasaan bersepadu bersama pihak PDRM dan JPJ dilaksanakan secara berterusan oleh PBT bagi menangani masalah lambakan kereta rosak dan terbiar.
-
Adakah tindakan tegas dikenakan kepada pelaku yang terlibat dalam isu ini?
Tindakan tegas yang diambil adalah seperti berikut:
- Tindakan kompaun di bawah Akta dan Undang-undang Kecil yang berkaitan;
- Tindakan notis;
- Tindakan sitaan;
- Tindakan pendakwaan; dan
- Tindakan pelanggaran syarat ke atas syarat-syarat lesen.