Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
265) LAMAN HERBA DAN INSENTIF RM20 RIBU SEHEKTAR BAGI MENJAYAKAN PENANAMAN HERBA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah faktor utama yang menjayakan laman herba?
Faktor utama menjayakan laman herba adalah seperti berikut
- Terdapatnya permintaan yang menggalakkan terhadap jenis-jenis herba tertentu seperti limau purut, sirih dan serai.
- Pokok herba ini mudah ditanam dan dijaga tanpa memerlukan kepakaran khusus.
-
Apakah rancangan kerajaan untuk memastikan kehijauan Negeri Selangor disinergikan dengan peranan yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana Negeri?
Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian akan terus bekerjasama dengan pihak PBT untuk menjayakan program pertanian bandar yang melibatkan peserta individu dan komuniti. Sehingga Mac 2015, sebanyak 1,580 orang telah terlibat dalam program pertanian bandar sama ada secara individu atau komuniti.
-
Adakah insentif RM20 ribu sehektar boleh disalurkan kepada DUN atas dasar kerjasama Negeri dengan DUN?
Insentif yang ada ialah RM 10,000 sehektar melalui Jabatan Pertanian. Pihak kerajaan negeri tidak ada halangan untuk Jabatan Pertanian untuk bekerjasama dengan DUN bagi menjayakan program ini untuk kesejahteraan rakyat.
Maklumat tambahan – projek herba yang dilaksanakan pada tahun 2014
Sabak Bernam – limau purut (11 hektar)
Kuala Langat – sirih (35.4 hektar)
Kuala Selangor – serai dan mas cotek (70 hektar)