Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

77) LALUAN PEJALAN KAKI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan rancangan Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk menambahkkan kepanjangan laluan pejalan kaki memandangkan kepanjangan laluan pejalan kaki adalah paling rendah (136km) berbanding dengan MBPJ (331.82km) dan MBSA (3,156.22km)

    Jumlah keseluruhan panjang bagi laluan pejalan kaki di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sehingga Disember 2023 adalah sepanjang 139.38 km. Keseluruhan jumlah laluan ini hanya melibatkan laluan pejalan kaki di persiaran dan jalan utama sahaja.

     

    Inisiatif penyediaan dan menaik taraf laluan pejalan kaki merupakan salah satu perancangan yang diberi perhatian utama oleh MBSJ bermula tahun 2019 bagi memenuhi elemen di bawah program Sustainable Development Goals (SDG). Perancangan dan pelaksanaannya akan diteruskan pada setiap tahun bagi menambah kepanjangan keseluruhan laluan pejalan kaki menerusi peruntukan Majlis serta peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.