Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

114) LALUAN LORI SAMPAH KE TAPAK PELUPUSAN DI JERAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah telah ada ditetapkan bagi laluan lori-lori ini?

    Laluan lori-lori ini adalah di jalan utama melalui Pekan Kapar ke Jalan Bukit Kerayong untuk ke Tapak Pelupusan di Jeram.

  2. Apakah tindakan bagi lori PBT luar yang Ôshort cutÕ jalan kampung di Jalan Iskandar, Jalan Kopi, Jalan Kempas & Jalan Kerayong?

    Tindakan ke atas lori PBT luar yang ‘short-cut’ jalan kampung di Jalan Iskandar, JalanKopi,Jalan Kempas dan Jalan Kerayong adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Pihak Majlis Perbandaran Klang telah memaklumkan kepada pihak PBT luar seperti  Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya agar tidak melalui jalan kampung sebagai ‘short-cut’ ke Tapak Pelupusan di Jeram.

Lampiran

Tiada Lampiran.