Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

182) LALUAN KHAS UNTUK LORI KUARI DI SEKITAR KAWASAN MATANG PAGAR, BUKIT LAGONG DAN DESA BUKIT INDAH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dimanakah lokasi laluan khas untuk kegunaan lori-lori kuari di kawasan ini akan dibina?

    Untuk maklumat yang berhormat, cadangan laluan khas lori-lori kuari di sekitar Kawasan Matang Pagar, Bukit Lagong dan Desa Bukit Indah adalah di bawah kajian dan kelolaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) kerana ianya akan melibatkan tanah-tanah individu dan rizab hutan bagi laluan tersebut.

  2. Berapakah anggaran kos pembinaan laluan khas tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah anggaran kos pembinaan laluan khas ini akan dimuktamadkan selepas kajian oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan PDTG.

  3. Bilakah laluan khas itu akan mula dibina?

    Untuk makluman Yang Berhormat, tarikh mula kerja pembinaan laluan khas ini akan ditentukan melalui kertas kajian yang akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor & PDTG.

Lampiran

Tiada Lampiran.