Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

188) LALUAN KHAS DAN PETAK PARKIR KEPADA WARGA OKU

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mengarahkan pihak kemudahan awam seperti bank, klinik, pasar pagi yang beroperasi lebih 3 tahun dan tidak menyediakan laluan khas dan petak parkir kepada warga OKU untuk memudahkan mereka menjalankan urusan, pembelian dalam premis tersebut?

    Dalam permohonan Kebenaran Merancang bagi setiap pembangunan baharu, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor telah mensyaratkan penyediaan kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Sebarang pembangunan juga adalah tertakluk kepada pematuhan garis panduan Reka Bentuk Bandar Sejagat (Universal Design Guidelines) dan Manual Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor. Syarat-syarat ini dikenakan ke atas pembangunan komersial, perindustrian, institusi dan perumahan.

    Bagi permohonan ubah suai bangunan sedia ada yang tidak mempunyai kemudahan OKU, syarat yang telah ditetapkan dalam proses kelulusan pelan bangunan adalah keperluan untuk menyediakan kemudahan OKU untuk kegunaan orang awam yang selaras dengan piawaian Malaysia MS 1183, MS 1184, MS 1331, garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa serta Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].

Lampiran

Tiada Lampiran.