Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
149) LALUAN KENDERAAN LORI BERAT DI ATAS JALAN AWAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah pemaju membina bangunan atau membangunkan kawasan tanpa membina laluan khas kenderaan lori untuk kerja-kerja pembangunan projek dan menggunakan jalan awam?
Komponan utama bagi pembangunan adalah mempunyai jalan keluar masuk (access) yang berhubung dengan jalan awam bagi memastikan jalan raya dapat dihubungkan bagi setiap pembangunan yang membentuk rangkaian jalan raya. Oleh yang demikian bagi membina laluan khas kenderaan lori bagi kerja-kerja pembangunan projek adalah sukar.
Walau bagaimanapun, PBT telah mensyaratkan kepada pihak pemaju untuk sediakan laluan khas dalam tapak pembinaan dan jika melibatkan jalan awam, pihak pihak pemaju juga perlu menyediakan papan tanda amaran dan kawalan lalulintas yang mencukupi serta mematuhi syarat-syarat pelan lulus dan syarat guna jalan awam daripada PBT.
-
Apakah tindakan yang dikenakan terhadap pemaju atau pemandu lori yang membuat kesalahan tersebut?
Antara langkah-langkah yang di ambil oleh PBT bagi pemaju/pemandu yang gagal mematuhi syarat PBT adalah seperti berikut:
i) mengeluarkan notis kepada pemaju/pemandu jika gagal patuh syarat kerja yang ditentukan;
ii) mengenakan kompaun dibawah Seksyen 39 (1)&(2),40(1), 41(3), 43 , 46, 47(1)(a), 55(1)(b), 70A (1)hingga(9), 71(a)&(b) & 121 (Akta 133) Akta Jalan, Parit & Bangunan jika pemaju/pemandu gagal untuk mematuhi arahan PBT; dan
iii) menghentikan pembangunan sekiranya didapati pemaju menyalahi pelan lulus ataupun permit.
-
Apakah ganti rugi yang dikenakan kepada pemandu lori dan pemaju yang merosakkan infra jalan awam dan menyebabkan nyawa keselamatan pengguna jalan raya terancam?
PBT boleh menggunapakai wang cagaran yang diperolehi daripada pemaju untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalanraya