Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
112) LALUAN BASIKAL DI PBT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua lorong-lorong basikal di setiap PBT yang telah berkuatkuasa sehingga ke hari ini mengikut PBT dan kepanjangan lorong.
- Berikut adalah senarai lorong- lorong basikal mengikut PBT dan panjang lorong :
Bil. PBT Lorong basikal Panjang (Meter) 1. MBSA Perumahan Seksyen 4 2800 Persiaran Tasik 466 Persiran Perbandaran I 410 Persiaran Perbandaran II 440 Persiaran Bandaraya 366 Persiaran Damai 675 Persiaran Masjid I 932 Persiaran Pegawai 888 Persiaran Masjid II 670 Persiaran Raja Muda 595 Persiaran Kayangan 1167 JUMLAH 9409 2. MBPJ Damansara Damai Urban Park Cycleways 4760 Taman Jaya Cycleways 5100 Ara Damansara Cycleways 7200 Kota Damansara Cycleways (dijangkan siap pada Jun 2014) 10640 3. MPK Tiada lorong basikal 4. MPAJ Bukit Indah 470 Trek MTB AU2 1500 Trek MTB Bukit Indah 3000 5. MPSJ Jalan Tujuan, USJ Subang Jaya (lantikan kontraktor) 2400 Tasik Puchong Perdana 2000 6. MPS Tiada lorong basikal 7. MPKj Setia Ecohill 8000 Eco Majestic 12000 Diamond Residence 5000 Serene Height 5000 Tropicana Heights 5000 8. MPSp Tiada lorong basikal 9. MDKL Taman Banting Baru 3500 10. MDHS Kuala Kubu Bharu 2210 11. MDKS Lorong Melor 2/2 dan Lorong Melor 2/3, Bandar Baru 893 Jalan 2/1 Bandar Malawati 331 12. MDSB Tiada lorong basikal -
Apakah sasaran yang telah ditetapkan oleh PBT dan kerajaan negeri untuk membina lebih banyak laluan basikal di Selangor?
Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang sasaran namun amat menggalakkan PBT membina dan menyediakan lebih banyak laluan basikal kepada orang awam seperti mana yang terkandung di dalam Garis Panduan Pembangunan Kejiranan Hijau bagi menggalakkan aktiviti yang sihat serta mengurangkan pengeluaran karbon. PBT turut digalakkan untuk mensyaratkan kepada pemajuan pembangunan yang berskala besar bagi menyediakan trek basikal bagi menghubungkan kawasan pembangunan baru dengan kawasan pembangunan sedia ada seperti contoh dari pusat bandar bersambung ke kawasan taman kejiranan, pusat pelancongan, sekolah, institusi, pusat komersil dan pusat rekreasi yang berhampiran untuk kegunaan orang ramai dan pelancong.