Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

281) LALUAN BASIKAL DAN BIKE-SHARING

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penyediaan laluan basikal di kesemua PBT di Selangor?

    Penyediaan laluan basikal di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telahpun dilaksanakan pada tahun ini. Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor menetapkan sasaran 1,000 kilometer laluan basikal bagi tempoh lima (5) tahun dengan mensyaratkan supaya PBT dapat menyediakan laluan basikal sekurang-kurangnya 15 kilometer bagi Majlis Bandaraya dan Perbandaran manakala 10 kilometer bagi Majlis Daerah dengan menggunakan peruntukan PBT sendiri.

    Untuk makluman Yang Berhormat, status penyediaan laluan basikal di kesemua PBT di Selangor adalah seperti berikut:

    1. Projek Laluan Basikal Yang Telah Siap Dibina

    (a) Majlis Bandaraya Petaling Jaya

    • Di Damansara Damai Urban Park Cycleways (4.76km)
    • Di Taman Jaya Cycleways (1.2km)
    • Di Kota Damansara Community Forest Cycleways (7.2km)
    • Di PJS 10 Cycleways (10.64km)
    • Seksyen 52 City Centre Cycleways (5.0km)

    (b) Majlis Daerah Kuala Selangor

    – Di Persiaran Malawati, Jalan Semarak dan Jalan Perbandaran, Bandar Baru Kuala Selangor.

    (c) Majlis Perbandaran Sepang

    • Di Cyberjaya Fasa 1 (5.8km) dan Fasa 2 (13.7km)
    • Di Dengkil – Bandar Baru Salak Tinggi (2.4km)
    • Projek Laluan Basikal Yang Dalam Proses Pelaksanaan / Kerja-kerja awalan

    (a) Majlis Bandaraya Petaling Jaya

    • Di Kota Damansara Community Forest Cycleways (Fasa 2) (3 km)
    • Di Taman Medan PJS 2 Cycleways (2.2km)
    • Di Bandar Utama Cycleways (10km)

    (b) Majlis Perbandaran Klang

    –     Di Taman Eng Ann (3km)

    (c) Majlis Daerah Kuala Selangor

    –     Taman Bandar Hillpark (2.5km)

    (d) Majlis Daerah Sabak Bernam

    –    Di Pekan Sekinchan – atas jalan sedia ada (9.5km)

    • Projek Laluan Basikal Yang Dalam Proses Tender / Sebutharga

    (a) Majlis Perbandaran Selayang

    • Di Jalan Persiaran 1, Jalan Persiaran 3, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang (4.5km)
    • Di Selayang Mutiara, Bandar Baru Selayang dan Laman BBS (5km)
    • Di Jalan Persiaran 1, Taman Bidara (8.64km)

    (b) Majlis Perbandaran Ampang Jaya

    • Di Taman Bukit Indah (3.3km)
    • Di Taman Melawati (sepanjang Jalan Melawati 4 dan Jalan Melawati 3 – 5.7km)
    • Di Pandan Indah (Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Lembah

    Maju dan Taman Muda-3.45km)

    • Projek Laluan Basikal Yang Dalam Proses Perbincangan / Belum Dimuktamadkan di Peringkat Majlis
    • Dalam Proses Perbincangan Peruntukan di Peringkat Majlis

    (a) Majlis Bandaraya Shah Alam

    –     Fasa 1 di Seksyen 14 (15 km)

    (b) Majlis Perbandaran Subang Jaya

    –     Di Putra Heights (15.46km)

    (c) Majlis Daerah Hulu Selangor

    –    Di Bandar Bukit Beruntong dan Bukit Sentosa (10.45km)

    • Belum Mendapat Kelulusan atau Dimuktamadkan di Peringkat Majlis

    (a) Majlis Perbandaran Klang

    • Kawasan Pandamaran (13km)
    • Bandar Bukit Raja (10km)
    • Sri Andalas (7km)

    (b) Majlis Perbandaran Kajang

    • Di Bandar Baru Bangi (31.28km)
    • Di Bandar Mahkota Cheras (5.4km)

    (c) Majlis Perbandaran Sepang

    –     Di Cyberjaya Fasa 3 (4.6km)

    (d) Majlis Daerah Kuala Langat

    • Di Taman Banting Baru (5.98km)
    • Di laluan Jenjarom
    • Projek Laluan Basikal Yang Disyaratkan Kepada Pemaju Untuk Dilaksanakan

    (a) Majlis Daerah Kuala Langat

    • Bandar Saujana Putra : 2.21km
    • Bandar Rimbayu Fasa 1 : 4.5km
    • Bandar Rimbayu Fasa 2 : 10.5km
    • Bandar Rimbayu Fasa 3 : 4.225km
    • Bandar Rimbayu Fasa 4 : 1.468km
  2. Apakah status perlaksanaan bike-sharing seperti UBike di kesemua PBT di Selangor sebagai pelengkap kepada sistem pengangkutan awam?

    Pada masa ini, pelaksanaan bike-sharing seperti Ubike di kesemua PBT di Selangor masih diperingkat kajian dan penilaian untuk memastikan kesesuaian lokasi bagi  penyediaan infra serta kemudahan penyewaan basikal oleh syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan tersebut. Kerajaan Negeri mahupun PBT juga belum menentukan mana-mana agensi atau syarikat yang akan membekalkan perkhidmatan sewaan basikal kepada orang awam di lokasi-lokasi yang bakal ditawarkan. Namun begitu, pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya sedang mengkaji keperluan kemudahan sewa basikal yang ditawarkan oleh syarikat Obike dengan memberikan tempoh percubaan selama dua (2) bulan untuk menyediakan kemudahan penyewaan basikal di kawasan Subang Jaya bagi melihat permintaan serta penerimaan penduduk terhadap perkhidmatan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.