Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

9) LALUAN BAGI PENCAWANG ELEKTRIK TNB DAN LEBUH RAYA SUKE YANG MELALUI KAWASAN CHERAS HARTAMAS

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Laluan bagi pencawang elektrik TNB dan lebuh raya SUKE yang melalui kawasan Cheras Hartamas?

    Laluan bagi pencawang elektrik PMU Mahkota Cheras dan lebuh raya SUKE akan melalui kawasan Cheras Hartamas.

  2. Adakah Kerajaan Negeri telah bersetuju dan luluskan cadangan laluan pada perkara (a)?

    PMU Mahkota Cheras

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 39/2011 yang bersidang pada 21 Disember 2011 telah menimbang dan bersetuju supaya meneruskan pembinaan laluan Projek Penghantaran Elektrik 275kv TNB dari Cheras Hartamas ke Pencawang Masuk Utama (PMU) Mahkota Cheras dengan syarat pihak TNB mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh IKRAM.

    Kerajaan Negeri turut meminta pihak TNB melantik IKRAM sebagai agensi perunding kejuruteraan dan pemantau bagi pembinaan menara transmisi ini.

    Lebuhraya SUKE

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 15/2012 yang bersidang pada 26 April 2012 telah menimbang dan bersetuju agar memasukkan jajaran lebuh raya SUKE dimasukkan ke dalam Pelan Rancangan Tempatan MPAJ dan MPKj. Untuk itu, pendengaran awam akan diadakan dan dipengerusikan oleh Y.B. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.