Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

50) LALUAN ALTERNATIF KE KILANG KILANG – SEKITAR TAMAN DESA SUBANG PERMAI U6 SHAH ALAM: MERUJUK SOALAN BETULIS NO.42 (MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah "baseline baru" (jika ada)?

    Pihak Majlis memaklumkan dalam proses cadangan untuk merekabentuk pembinaan jalan tersebut serta anggaran kos projek yang terlibat. Pelantikan perunding dijangka akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Tabung Amanah MBSA pada bulan Ogos tahun 2020.

  2. Apakah sebarang masalah (jika ada) yang telah atau akan menjadikan projek tersebut tergendala?

    Pihak Majlis perlu mendapatkan persetujuaan daripada semua pemilik lot yang terlibat bagi pembinaan jalan alternatif tersebut dan kos pembinaan jalan tersebut yang perlu ditanggung oleh semua pemilih tanah yang terlibat. Manakala pihak MBSA akan melaksanakan dan menyelaraskan projek pembinaannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.