Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

298) LALUAN ALTERNATIF

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan untuk menaiktaraf laluan daripada Raja Musa ke Parit Empat, Sekinchan melalui laluan "ban canal" sebagai laluan alternatif untuk mengatasi kesesakan jalan di Laluan 5 Kuala Selangor - Sabak Bernam?

    Cadangan pelaksanaan bagi projek Menaiktaraf Jalan dan Kerja-kerja Berkaitan dari Jalan Terusan Utama B110 (Ban Canal) sehingga ke Jalan Raja Musa B42, Tanjong Karang, daerah Kuala Selangor sepanjang 16.50km adalah secara berpakej. Pakej 1 adalah di laluan Jalan Terusan Utama sepanjang 12.0km dan Pakej 2 adalah di laluan Jalan Setanjung iaitu sepanjang 4.50km.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan dan bila akan dilaksanakan?

    Anggaran Kos Siling bagi projek ini adalah RM 160 juta dan jumlah peruntukan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12, RMKe-12 adalah sebanyak RM 48.12 juta. Pelaksanaan projek ini bagi kerja-kerja rekabentuk dijangka bermula pada penghujung tahun 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.