Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
70) LAJNAH BELIA MASJID
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh manakah Lajnah Belia Masjid berperanan menarik golongan belia bagi mengimarahkan masjid?
Antara program yang dilaksanakan Lajnah Belia Masjid bagi mengimarahkan masjid adalah seperti berikut:
- Daurah Remaja yang diadakan pada cuti panjang persekolahan
- Kem Bestari Smart Solat
- Program Kursus Bilal Muda
- Gotong Royong Belia Masjid
- Tadarus dan Tadabbur Belia
- Qiamulail Perdana
- Sukan Belia
- Pengurusan Jenazah Belia
-
Senaraikan masjid-masjid yang mempunyai Lajnah Belia Masjid.
Setiap masjid di Selangor dikehendaki menubuhkan Lajnah Belia Masjid berdasarkan peruntukan dalam Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Negeri Selangor (Pindaan) 2001 Kaedah 23 (h). Sehingga kini, seluruh masjid Negeri Selangor yang berjumlah 411 buah masjid mempunyai Lajnah Hal Ehwal Belia Masjid