Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
99) LADANG TERNAK BABI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah ladang-Iadang ternak babi tradisional di negeri Selangor?
Rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar menunjukkan pada waktu ini terdapat sera~ai
132 penternak babi di Negeri Selangor dengan jumlah ternakan sebanyak 257,521 ekor
babi. -
Apakah rasionalnya kerajaan negeri meneruskan projek ladang ternak babi berpusat teknik moden?
Projek ini perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah pencemaran alam yang telah
ditanggung oleh penduduk sekitar lebih dari 20 tahun lalu. Penggunaan sistem ladang
babi tertutup lengkap dengan sistem biogas telah terbukti mampu untuk menyelesaikan masalah alam sekitar. -
Apakah tindakan yang telah diambil dalam meminimumkan pencemaran yang berlaku hasil ladang ternak tradisional selama ini?
Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk
memastikan semua penternak menggunakan mikroorganisma di dalam kolam
kumbahan masing-masing bagi meminumkan pencemaran alam sekitar.