Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

211) LADANG KHINZIR MODEN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah melantik pihak swasta untuk pelaksanaan ladang khinzir moden di Ladang Tumbuk, Kuala Langat? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Kerajaan Negeri masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan mana- mana pihak swasta yang akan melaksanakan pembinaan ladang khinzir moden tersebut. Walau bagaimanapun, cadangan konsep pembinaan adalah secara PFI (Private Finance Initiative) di mana Kerajaan Negeri tidak akan mengeluarkan sebarang peruntukan atau perbelanjaan untuk tujuan pembangunan ladang khinzir moden tersebut. Namun begitu, pihak swasta yang akan melaksanakan pembinaan tersebut perlu mematuhi segala prosedur di dalam penyediaan pelan pembangunan sebelum ianya diputuskan oleh Kerajaan Negeri.

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan ladang khinzir moden boleh beroperasi di Kuala Langat pada tahun 2018?

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah menetapkan iaitu mulai tahun 2018, kesemua ladang-ladang penternakan khinzir di seluruh negara mestilah memenuhi kriteria ladang penternakan moden (MPF). Kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia adalah seperti berikut :-

    • Kandang tertutup (closed house);
    • Sistem pengurusan sisa kumbahan ladang zero discharge;
    • Mempunyai zon penampan dengan jarak minima 200 meter daripada rumah kediaman, sekolah, klinik, tempat ibadat dan public amneties seperti kawasan rekreasi, pasar dan tempat awam;
    • Mengamalkan amalan ladang ternakan baik (GAHP).

    Bagi mencapai mencapai matlamat tersebut, cadangan pelaksanaan kawasan penternakan khinzir secara berpusat telah dicadangkan sebagai satu alternatif untuk memastikan isu-isu pencemaran alam sekitar dan pengawalan dari segi biosekuriti serta penyakit dapat di kawal dengan lebih berkesan.

    Langkah-langkah tersebut juga merangkumi pelbagai aspek seperti memastikan pihak yang berminat untuk memajukan projek tersebut mempunyai pengetahuan dari segi teknologi serta modal kewangan yang kukuh serta dapat mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak yang terlibat dan bukan hanya kepentingan dari segi keuntungan semata-mata.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.