Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
102) LADANG DUSUN DURIAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai Ladang Dusun Durian?
Untuk makluman Yang Berhormat, bermula tahun 2019 beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah diadakan Kerajaan Negeri bersama semua agensi yang berkepentingan dan mencadangkan agar isu projek perumahan ini diselesaikan melalui saluran perundangan. Cadangan itu diberikan kepada pihak kontraktor (Era Permai Sdn Bhd) dan 109 penduduk yang merupakan pemilik tanah projek perumahan tersebut memandangkan tiada kesepakatan dicapai mengenai harga rumah yang baharu. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, 109 pekerja ladang telah memperolehi hakmilik individu dan telah menandatangani Perjanjian Pembinaan (Construction Agreement) dan Surat Kuasa Wakil (Power Attorney) dengan kontraktor. Sekiranya berlaku kemungkiran dengan kegagalan pelaksanaan mana-mana pihak di bawah perjanjian tersebut, pihak-pihak yang berkontrak boleh menamatkan perjanjian yang ditandatangani. Kerajaan Negeri juga akan meneruskan usaha-usaha rundingan bersama semua pihak terlibat dari masa ke semasa bagi mencari jalan penyelesaian dan kaedah terbaik seperti mengadakan taklimat kajian pemulihan kepada pemaju yang berminat untuk memulihkan projek ini serta mencadangan agar pemilik memohon projek Rumah Selangorku (RSKU) yang berdekatan seperti berikut: