Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

28) LADANG BABI MODEN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan ladang babi moden di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Pasukan Petugas Khas (Taksforce) sebenarnya sedang melaksanakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) berkaitan Projek Pembangunan Teknologi Biogas Berasaskan Sumber Pertanian dan Penternakan di Ladang Tumbuk, Kuala Langat, Selangor, di mana projek ini merupakan projek dengan inisiatif swasta Pasukan Petugas Khas ini sedang menilai kebolehlaksanaan (viabiliti) projek yang dicadangkan oleh syarikat swasta.

  2. Apakah langkah penyelesaian kepada kumpulan yang membantah pelaksanaan ladang tersebut?

    Langkah penyelesaian kepada kumpulan yang membantah pelaksanaan projek ini adalah memberi penerangan lanjut kepada penduduk setempat (termasuk kumpulan ini) bagi menerangkan tentang faedah projek ini. Kebaikannya bukan sahaja untuk golongan penternak babi malah penduduk setempat juga akan menikmati alam sekitar yang lebih berkualiti tanpa pencemaran saliran awam dan gangguan bau busuk kerana projek ini menggunakan teknologi tinggi yang terbukti mampu mencegah gejala berkenaan. Pada tahun 2015, majlis penerangan dan perbincangan dengan Penghulu Mukim Batu Laut dan 5 Pengerusi JKKK di mukim berkenaan pula telah dibuat pada 2 Disember 2015. Sesi penerangan dan perbincangan dengan penternak babi pula telah dibuat pada 9 Julai, 3 Ogos, 21 Ogos, 7 September dan 12 Oktober 2015. Majlis penerangan dan perbincangan selanjutnya akan dibuat pada masa akan datang.

    Sehingga kini, Penghulu Mukim Batu telah memberi sokongan kepada projek ini. Daripada pihak yang lain pula, 116 ladang babi daripada 128 ladang (atau 91%) telah menandatangani surat persetujuan dengan projek ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.