Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

182) KUTIPAN ZAKAT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kutipan zakat dari 2008 hingga 2013 mengikut jenis zakat?

    Jumlah kutipan zakat mengikut jenis zakat dari tahun 2008 hingga 2013 adalah seperti berikut:

    JUMLAH KUTIPAN ZAKAT MENGIKUT JENIS ZAKAT DARI TAHUN 2008-2013
    JENIS ZAKAT 2008 (RM) 2009 (RM) 2010 (RM) 2011 (RM) 2012(RM) *2013 (RM)
    Pendapatan 130,759,372 153,971,378 189,981,169 218,265,171 260,788,288 308,984,578
    Perniagaan 46,142,219 51,798,892 60,497,183 79,925,920 84,925,124 92,713,771
    Harta 25,103,021 25,488,807 30,183,451 32,758,071 35,991,556 39,155,226
    Simpanan 22,110,563 25,797,203 26,446,843 27,820,555 30,479,991 33,957,712
    KWSP 4,599,680 5,760,752 6,182,215 6,990,138 7,759,884 7,927,337
    Saham 1,271,859 1,456,560 3,218,740 6,809,566 7,783,423 9,714,550
    Tanaman 1,698,834 2,275,729 2,245,831 2,214,547 2,594,192 2,877,304
    Emas 497,940 593,028 804,172 1,308,681 2,078,616 2,358,429
    Ternakan 15,957 23,526 37,056 29,399 30,252 19,442
    Perak 5,476 2,688 4,581 6,290 43,828 55,565
    JUMLAH 232,204,921 267,168,563 319,601,241 376,128,338 432,475,154 497,763,914
    Fitrah 12,267,963 16,618,483 17,333,281 17,975,566 18,849,873 19,541,361
    JUMLAH KESELURUHAN 244,474,892 283,787,046 336,934,522 394,103,904 451,325,027 517,305,275

    *Nota: Data tahun 2013 belum diaudit

     

  2. Nyatakan jumlah Amil yang dilantik secara sah dari 2008 hingga 2013 mengikut daerah?

    Jumlah amil (kakitangan) yang dilantik secara sah mengikut daerah dari tahun 2008-2013 adalah seperti berikut:

    JUMLAH AMIL (KAKITANGAN) MENGIKUT DAERAH DARI TAHUN 2008- 2013
     

    DAERAH

    BILANGAN AMIL (KAKITANGAN)
    2008 2009 2010 2011 2012 2013
    Sabak Bernam 7 11 9 15 18 19
    Kuala Selangor 13 11 10 17 18 18
    Hulu Selangor 6 7 8 13 13 13
    Klang 6 9 10 15 17 18
    Petaling 19 19 17 27 27 31
    Kuala Langat 4 8 8 13 13 10
    Hulu Langat 13 14 12 20 20 20
    Gombak 16 13 11 18 20 20
    Sepang 3 6 5 5 6 6
    Ibu Pejabat 170 235 212 270 254 271
    JUMLAH KESELURUHAN 257 333 302 413 406 426
  3. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengekang Amil tidak sah di Selangor?

    Selain daripada amil (kakitangan) dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), terdapat juga amil yang diberi tauliah sebagai ejen mengutip zakat di Selangor. Ia termasuklah ejen bank, pos, firma audit dan percukaian, syarikat dan ejen institusi pengajian tinggi (IPT).

    Bagi individu/syarikat yang tidak bertauliah, adalah menjadi satu kesalahan mengutip zakat di Selangor. Justeru itu, Selangor mempunyai peruntukan undang-undang bagi kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah. Peruntukan berhubung kesalahan tersebut adalah Seksyen 37 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Bahagian V – Kesalahan Pelbagai] :

    Seksyen 37 : Pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa.

    “Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya diberikuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya”

     

Lampiran

Tiada Lampiran.