Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

53) KUTIPAN TEMPAT PARKIR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah petak parkir dan jumlah kutipan bayaran parkir bagi tiap-tiap PBT dalam keadaan sekiranya PBT tidak terikat dengan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini bersama dengan kos pengurusan dan gaji pegawai terbabit, kos dokumentasi seperti notis peringatan, setem dan perbelanjaan menyediakan dokumen pendakwaan (tidak termasuk kes 'halangan')

    Perjanjian penswastaan kutipan tempat letak kereta telah bermula mulai tahun 1998 melibatkan pada peringkat awal sebanyak 9 buah PBT. Sebelum perjanjian tersebut ditandatangani, tiada sebarang kutipan bayaran petak tempat letak kereta dikenakan oleh PBT.

  2. Nyatakan jumlah petak parkir dan jumlah kutipan bayaran parkir bagi tiap-tiap PBT dalam keadaan kini, iaitu PBT terikat dengan perjanjian yang di tandatangani bersama dengan kos pengurusan dan gaji pegawai terbabit, kos dokumentasi seperti notis peringatan, setem dan perbelanjaan menyediakan dokumen pendakwaan (tidak termasuk kes 'halangan')

    Berikut adalah jadual yang menunjukkan jumlah petak parkir, caj bayaran petak parkir bagi setiap jam dan kadar bayaran bulanan sepetak yang dikenakan kepada konsesi bagi PBT yang masih lagi terikat dengan perjanjian:

    PBT Di Bawah Seliaan Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. MBSA MPS MPKJ MPSp
    1. Jumlah petak 34,669 12,106 12,206 1,710
    2. Caj bayaran petak parkir bagi setiap jam 0.40 0.50 0.50 0.40
    3. Kadar bayaran bulanan sepetak yang dikenakan kepada konsesi 15.28 15.60 15.29 15.00

     

    PBT Di Bawah Seliaan Godell Parking Sdn. Bhd. MBPJ MPSJ MDKL
    1. Jumlah petak 20,952 30,041 2,658
    2. Caj bayaran petak parkir bagi setiap jam 0.60 0.50 0.40
    3. Kadar bayaran bulanan sepetak yang dikenakan kepada konsesi 37.45 MPSJ mengamalkan perkongsian keuntungan 50 : 50 dan tiada dikenakan bayaran sewa tetap petak Pekan Banting

    –RM10.12

     

    Luar pekan

    – RM3.30

     

    Lain-lain

    – RM2.20

     

    Kos pengurusan dan gaji pegawai yang terlibat dengan pengutipan parkir adalah ditanggung oleh syarikat konsesi. Syarikat konsesi juga yang mengeluarkan notis peringatan, setem dan perbelanjaan bagi menyediakan dokumen pendakwaan (tidak termasuk kes ‘halangan’).

Lampiran

Tiada Lampiran.