Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

6) KUTIPAN SISA PLASTIK DI SUNGAI KLANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah sisa pepejal dan khususnya sisa plastik yang dikutip daripada Sungai Klang sejak Projek The Ocean Cleanup (The Interceptor) dilaksanakan di sana.

    Jumlah sisa pepejal yang telah dikutip dari Sungai Klang adalah sebanyak 31,842.91 tan metrik semenjak November, 2019 (Interceptor 002 mula beroperasi) sehingga Januari, 2023. Berdasarkan jumlah kutipan tersebut, sebanyak 6,368.58 tan metrik bersamaan 20% daripadanya adalah sisa plastik, manakala selebihnya adalah sisa organik, fabrik, aluminium dan lain-lain.

  2. Adakah sisa plastik dikitarsemula dari sana?

    Pihak LLSB dengan kerjasama The Ocean Cleanup (TOC) akan membina satu (1) pusat pengasingan dan kitar semula sisa pepejal (sorting & recycling facility) yang akan beroperasi pada suku ke empat (Q4) 2023.

  3. Apa jumlah pendapatan daripada penjualan sisa yang boleh dikitarsemula dari Sungai Klang?

    Jumlah pendapatan daripada penjualan sisa plastik yang boleh dikitar semula dari Sungai Klang adalah berdasarkan anggaran kadar penjualan RM 1 per KG.

Lampiran

Tiada Lampiran.