Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

316) KUTIPAN SEWA PARKIR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kutipan caj dan saman parkir berbayar di Selangor pada tahun 2022 hingga September 2023 oleh PBT bagi setiap daerah.

    Jumlah keseluruhan hasil kutipan sewa parkir bagi tahun 2022 sehingga September 2023 bagi PBT di Negeri Selangor adalah sebanyak RM119,494,566.10. Manakala jumlah keseluruhan bilangan saman parkir yang telah dikeluarkan dari tahun 2022 sehingga September 2023 adalah sebanyak RM61,690,017.18. Perincian jumlah hasil kutipan sewa parkir dan jumlah saman parkir bagi tahun 2022 sehingga September 2023 mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    PBT JUMLAH KUTIPAN CAJ PARKIR (RM) JUMLAH KUTIPAN KOMPAUN (RM)
    MBSA 27,746,312.00 18,909,444.68
    MBPJ 33,220,302.00 8,878,458.00
    MBSJ 10,943,939.50 7,864,097.00
    MPK 7,311,284.00 5,057,768.00
    MPAJ 14,324,532.80 1,677,810.00
    MPS 11,478,449.00 4,113,148.00
    MPKj 7,706,970.00 10,543,302.50
    MPSp 1,470,702.00 1,026,600.00
    MPKL 2,812,364.80 852,792.00
    MPKS 2,479,710.00 2,766,597.00
    MPHS Akan mula melaksanakan caj bayaran parkir fasa pertama pada 1 Disember 2023
    MDSB Belum melaksanaan bayaran caj parkir
  2. Senaraikan syarikat swasta yang bekerjasama dengan PBT dalam usaha kutipan sewa parkir dalam tempoh kontrak dan nisbah pembahagian keuntungan masing-masing.

    Berdasarkan kedudukan semasa sehingga Oktober 2023 hanya syarikat Suasa Efektif (M) Sdn Bhd yang masih mempunyai konsesi bersama 5 PBT seperti berikut:

     

    PBT NISBAH PEMBAHAGIAN (%)
    PBT SYARIKAT
    MBSA 50 50
    MPKj 50 50
    MPS 30 70
    MPSp 30 70
    MPKS 50 50

     

    Walau bagaimanapun, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 41/2020 yang diadakan pada 2 Disember 2020 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 42/2020 pada 9 Disember 2020 mengenai Hala Tuju Pengurusan Tempat Letak Kereta PBT Negeri Selangor telah bersetuju agar PBT Negeri Selangor menguruskan sendiri parkir kenderaan di kawasan masing-masing setelah tamat perjanjian bersama syarikat konsesi.

  3. Adakah pihak berkuasa bercadang untuk memansuhkan caj parkir di Utara Selangor?

    MPHS akan melaksanakan bayaran caj parkir berkuatkuasa 1 Disember 2023. Manakala Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) masih belum melaksanakan kutipan bagi caj bayaran parkir di kawasan pentadbiran MDSB. Namun MDSB merancang untuk melaksanakan kutipan bayaran pakir setelah semua infrastruktur kawasan tempat letak kereta di kawasan operasi MDSB ditambah baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.