Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
117) KUTIPAN SAMPAH PUKAL DAN KEBUN DI DUN KAMPUNG TUNKU
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kutipan sampah pukal dan sampah kebun di kawasan DUN Kampung Tunku masih tidak stabil akibat kuota kutipan sampah mengikut berat yang ditetapkan oleh MBPJ terhadap kontraktor yang terlalu rendah. Apakah cara untuk mengatasinya?
Kutipan sampah pukal dan sampah kebun di kawasan DUN Kampung Tunku masih tidak stabil akibat kuota kutipan sampah mengikut berat yang ditetapkan oleh MBPJ terhadap kontraktor yang terlalu rendah adalah tidak benar sepenuhnya. Kuantiti sampah kebun yang tinggi terutamanya di kawasan-kawasan perumahan sesebuah SS1 di bawah DUN Kampung Tunku pada awal tahun 2017. Bagi mengatasi masalah kuantiti sampah kebun bertambah secara bermasa, MBPJ telah menentukan formula membiayai kos tambahan pengutip dengan memberi arahan kepada kontraktor pembersihan kawasan. Selaini tu, servis secara berbayar bagi penduduk yang ingin melupuskan sampah pukal dengan kuantiti yang banyak turut disediakan.Dalam pada itu, kontraktor “back-up” turut diarahkan bagi mengatasi masalah ini.