Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
6) KUTIPAN SAMPAH BAGI KAMPUNG TRADISI DI PAYA JARAS (KAMPUNG PAYA JARAS, KAMPUNG MERBAU SEMPAK, KAMPUNG KUBU GAJAH)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kaedah kutipan sampah semasa yang dilakukan di kawasan-kawasan ini.
MBSA telah membuat penambahbaikan kaedah kutipan sampah domestik di kawasan kampung tradisi ini daripada kaedah kutipan di tong sampah berpusat di Bin Point Collection kepada kaedah kutipan daripada pintu ke pintu di setiap premis dengan kekerapan tiga (3) kali seminggu menggunakan kenderaan trisikal bagi kediaman yang terdapat di lorong / jalan yang sempit. Sejumlah 21 buah trisikal seperti agihan berikut digunakan untuk kutipan sampah dari rumah dan dibawa ke tempat pengumpulan sampah sementara atau ke lori kompaktor:
Kenderaan kompaktor masih digunakan untuk membuat kutipan sampah di premis yang terdapat di jalan utama dan kutipan sampah di tempat pengumpulan sampah.
Hebahan dan pemakluman telah dijalankan kepada semua penduduk melalui pemasangan banner, di kawasan kampung, melalui MPP, JKKK dan AJK masjid / surau serta edaran notis bagi premis perniagaan mengenai perubahan kaedah kutipan sampah domestik dari pintu ke pintu di setiap premis yang mana semua premis perlu menyediakan tong sampah yang standard seperti ketetapan pihak Majlis dan diletakkan di hadapan premis bagi memudahkan kutipan sampah. Selain itu, semua BPC yang terdapat di lorong / jalan utama kampung dalam perancangan untuk dihapuskan dan membuat pengindahan landskap di tapak asal BPC bagi mengelakkan pembuangan sampah di lokasi tersebut serta pengambilan semula semua tong sampah yang ditempatkan oleh pihak Majlis di BPC sedia ada.
-
Adakah tempat pengumpulan sampah sementara dibina dengan sempurna?
Buat masa ini, tempat pengumpulan sampah sementara ini hanya ditempatkan dengan Tong RORO yang ditutup dengan kanvas dan tong sampah mudah alih di beberapa kawasan yang telah dikenalpasti dan dipersetujui oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) kawasan kampung tersebut. Tempat-tempat ini juga dalam perancangan untuk ditambahbaik dari segi aspek infra di tapak tersebut.
-
Apakah masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan kutipan sampah di kawasan ini?
Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak kontraktor dalam melaksanakan kutipan sampah adalah seperti berikut:
- Penduduk masih belum lagi sepenuhnya menyediakan tong sampah dirumah sendiri seperti yang diarahkan oleh pihak Majlis.
- Masih ada lagi peniaga-peniaga luar/ penjaja yang membuang sampah di kawasan bin point yang lama.
- Jalan/ lorong yang sempit dan tanah yang mendap di beberapa lokasi tertentu melambatkan juga trisikal untuk membuat kutipan sampah.
- Terdapat premis rumah yang menjana kuantiti sampah yang banyak terutamanya premis yang memasak dirumah untuk keperluan perniagaan harian.