Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
242) KUTIPAN SAMPAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah aduan berkenaan sampah di MBPJ dari 2008 ke 2013.
Jumlah aduan berkenaan sampah di MBPJ dari tahun 2008 hingga 2013 seperti di Lampiran 1.
Lampiran 1
JUMLAH ADUAN KUTIPAN SAMPAH DI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA DARI TAHUN 2008 HINGGA APRIL 2013
Bulan / Tahun Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis JUMLAH 2008 63 78 59 60 65 40 65 58 79 94 89 90 840 2009 130 133 110 143 169 145 153 125 114 213 102 137 1674 2010 165 81 86 91 59 82 97 59 100 115 131 135 1201 2011 138 126 113 134 140 233 191 338 523 470 582 664 3652 2012 542 339 1046 477 420 527 437 413 409 522 516 459 6107 2013 523 369 367 477 1736 ***sumber: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti servis kutipan sampah?
Langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kutipan sampah adalah seperti berikut:-
- Mengambil alih pengurusan sisa pepejal daripada syarikat AFSB dan diuruskan oleh PBT;
- Melantik kontraktor-kontraktor kerja kutipan sisa pepejal melalui proses tender terbuka;
- Melantik wakil dari Jawatankuasa Penduduk bagi membuat pengesahan kerja yang telah dilaksanakan;
- Mengkaji semula syarat-syarat lantikan kontraktor;
- Keperluan-keperluan asas dan utama yang perlu ada bagi kontraktor yang akan dilantik;
- Memastikan kontraktor yang dipertanggungjawab menjalankan tugas/kerja dengan baik dan sempurna;
- Keperluan peralatan dan logistik bagi Jabatan/Bahagian yang bertanggungjawab menguruskan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam; dan
- Menilai semula kekuatan kakitangan Jabatan/Bahagian yang bertanggungjawab di dalam penurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.