Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
161) KUTIPAN PREMIUM TANAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kutipan premium tanah dari 2014-2016 mengikut PBT
Jumlah kutipan premium tanah dari tahun 2014 hingga 2016 adalah berjumlah RM3,749,889,131.30. Perincian adalah seperti di Lampiran A.
-
Nyatakan jumlah tunggakan premium tanah dari 2014-2016 mengikut PBT
Untuk makluman, premium tanah yang dikeluarkan melalui Borang 5A dan Borang 7G mempunyai tempoh masa yang perlu dipatuhi oleh semua pemohon seperti berikut:
Jenis Premium Borang KTN Tempoh Asal Tempoh Baru Premium Borang 5A 6 Bulan 12 Bulan Premium Tambahan Borang 7G 3 Bulan + 1 Bulan (caj Tambahan 3%) 6 Bulan + 1 Bulan (caj tambahan 3%) Tempoh masa yang digunapakai bagi Borang 5A adalah selama satu (1) tahun dan Borang 7G adalah selama enam (6) bulan. Sekiranya didapati pihak pemohon gagal untuk membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, tanah tersebut akan kembali menjadi Tanah Kerajaan di bawah Pemberimilikan Tanah Kerajaan. Manakala bagi urusan Pembangunan Tanah, kegagalan pembayaran premium juga akan menyebabkan tanah tersebut kembali kepada kategori kegunaan tanah dan syarat nyata yang terdahulu.