Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

140) KUTIPAN PREMIUM TANAH

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah formula menentukan jumlah premium?

    Formula penentuan premium hasil tanah adalah berdasarkan jenis permohonan yang dipohon mengikut seksyen di dalam Kanun Tanah Negara 1965, Kaedah Tanah Negeri Selangor dan Pekeliling-Pekeliling Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor yang masih berkuatkuasa.

  2. Nyatakan prestasi kutipan premium tanah dari 2017-2019.

    Prestasi kutipan premium bagi tahun 2017 – 2019 adalah seperti berikut:

    Tahun Kutipan Hasil Premium Tanah (RM)
    2017 RM1,539,971,529.96
    2018 RM627,746,723.16
    2019 RM1,077,105,049.67
  3. Nyatakan keluasan tanah yang telah diambil semula kerana kegagalan pemilik asal membayar premium dari 2017-2019.

    Merujuk kepada pertanyaan berkaitan keluasan tanah yang telah diambil semula kerana kegagalan pemilik asal membayar premium dari tahun 2017 hingga 2019, ingin dimaklumkan bahawa tiada istilah tanah diambil semula atau dirampas sekiranya pemilik gagal membayar premium.

    Perampasan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah berdasarkan kepada dua (2) faktor iaitu kegagalan pemilik tanah untuk membayar cukai tanah (Seksyen 100 KTN) dan apabila berlakunya pelanggaran syarat nyata tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.