Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
249) KUTIPAN PARKIR PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pendapatan caj parkir yang diperoleh oleh setiap PBT pada tahun 2023.
Jumlah keseluruhan hasil pendapatan melalui caj parkir tahun 2023 bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor adalah RM75,929,539.69 dan perincian adalah seperti berikut:
-
Adakah kutipan dan caj parkir selaras di seluruh Negeri Selangor?
Kutipan dan caj parkir bagi setiap PBT adalah berbeza dari segi amaun, waktu dan hari mengikut bilangan petak parkir yang telah diwartakan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) PBT masing-masing.
-
Adakah setiap PBT dibenarkan untuk mengadakan kaedah caj parkir yang berlainan dari segi amaun, waktu dan hari?
Setiap PBT boleh menetapkan kaedah caj parkir yang berlainan daripada segi amaun, waktu dan hari. Ini adalah berdasarkan kepada bidang kuasa PBT masing-masing yang diwartakan melalui Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) setiap PBT.