Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
279) KUTIPAN HASIL PTGS DAN PTD SETIAP DAERAH
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah prestasi kutipan hasil premium dan cukai tanah oleh PTGS dan PTD di setiap daerah pada tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas?
Untuk makluman, prestasi kutipan keseluruhan cukai tanah Negeri Selangor sehingga 31 Mei 2020 adalah sebanyak RM289,698,112.17 merangkumi kutipan cukai semasa sebanyak RM270,576,524.27 dan RM19,121,587.90 bagi tunggakan cukai.
Manakala prestasi kutipan cukai tanah sehingga 31 Mei 2019 pula adalah sebanyak RM465,513,992.90 meliputi kutipan cukai semasa sebanyak RM427,594,474.76 dan RM37,919,518014 untuk kutipan tunggakan cukai.
Berdasarkan laporan prestasi kutipan tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat penurunan kutipan cukai tanah di negeri ini pada tahun 2020 berbanding 2019 iaitu penurunan sebanyak 38% jumlah kutipan bulan Mei tahun 2020 berbanding jumlah kutipan bulan Mei 2019. Penurunan ini jika dilihat di dalam nilai Ringgit Malaysia (RM) adalah sebanyak RM175,815,880.73.
Manakala prestasi kutipan premium tanah bagi tahun 2020 sehingga 31 Mei 2020 adalah sebanyak RM 778,961,913.42 dan secara keseluruhannya ia meningkat sebanyak 53% dari tempoh yang sama bagi tahun 2019 iaitu RM 508,239,705.46.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
JABATAN/DAERAH KUTIPAN HASIL PREMIUM TANAH 31 MEI 2019 (RM) KUTIPAN HASIL PREMIUM TANAH 31 MEI 2020 (RM) PTG SELANGOR 3,341,225.00 5,589,958.00 PETALING 158,560,581.80 422,291,306.23 KLANG 146,954,345.04 101,959,604.70 SEPANG 18,366,850.68 12,979,666.39 KUALA LANGAT 14,536,140.02 14,268,441.00 HULU LANGAT 42,094,494.03 132,948,516.00 KUALA SELANGOR 94,115,381.70 12,744,871.00 HULU SELANGOR 4,049,221.45 9,224,356.80 SABAK BERNAM 5,250,661.00 1,780,046.00 GOMBAK 20,970,804.74 65,175,147.30 JUMLAH 508,239,705.46 778,961,913.42