Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

14) KUTIPAN HASIL PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kutipan hasil pasir oleh KSSB?

    Rekod kutipan hasil pasir dan prestasi KSSB;

     

  2. Kenapakah kutipan hasil tersebut meningkat secara mendadak selepas isu curi pasir dibongkar?

    Pendapatan KSSB dan royalti meningkat pada dasarnya kerana KSSB telah membuka beberapa lokasi lombong dan cucigali sungai yang baru untuk memenuhi permintaan pasaran.

    Pembukaan lombong-lombong pasir persendirian juga telah membantu meningkatkan kutipan royalti dan pendapatan KSSB.

    Di samping itu, penurunan permintaan terhadap pasir haram telah meningkatkan jualan KSSB berikutan penguatkuasaan yang berterusan oleh pihak Pentadbir Tanah.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.