Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
231) KUTIPAN FI BEG PLASTIK
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kutipan daripada penjualan beg plastik di Selangor sejak 2019?
Kerajaan Negeri Selangor amat serius dalam usaha menangani isu pencemaran plastik terutamanya plastik sekali guna yang memberi kesan negatif terhadap alam sekitar, kesihatan awam dan ekonomi negeri. Sehubungan dengan itu, Kerajan Negeri telah melancarkan Kempen Bebas Plastik di negeri Selangor seawal Januari 2010 dengan penetapan tiada beg plastik pada setiap hari Sabtu. Bermula 1 Januari 2020, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan dasar baharu melalui pelaksanaan Program Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor dengan mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikeluarkan oleh premis-premis perniagaan kepada pengguna.
Berikut adalah jumlah kutipan yang telah dilaksanakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Selangor bagi tahun 2020 dan 2021:
-
Sila senaraikan jumlah dan jenis projek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan dana tersebut sejak 2019.
Pelbagai program/ projek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan PBT dengan menggunakan hasil kutipan di bawah Akaun Amanah Program Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor. Sebanyak 35 buah program/ projek alam sekitar telah dilaksanakan dengan penglibatan daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTS)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sekolah, persatuan penduduk dan organisasi keagamaan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Koperasi Pengurusan Bersama (JMC) seperti berikut:
- Antara program/ projek yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:
- Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/ 2022;
- Projek Selangor Green-To-Go Alam Sekitar – Pendidikan;
- Program Gaya Hidup Hijau – Projek Akuaponik Janaan Tenaga Solar Di Komuniti;
- Hari Laut Sedunia Peringkat Negeri Selangor di Sabak Bernam;
- Program Sisa Jadi Dana (SIDINA) di Hulu Selangor;
- Program Eco & Cashless Bazar Ramadan;
- Tong Kompos Aerobin 200l bagi kegunaan kebun komuniti;
- Tong kitar semula;
- Tong roro untuk tapak pengumpulan daun kering di Bandar Bukit Puchong;
- Projek pengumpulan sisa daun kering di Bandar Bukit Puchong;
- Pemasangan ‘Water Pump’ Untuk Projek SPAH di Pusat Biomass Bersepadu, MBSJ;
- Program Recycle For Ampang Strata (ReFAST);
- Pembelian Tong e-Waste (Acrylic);
- Pengumpulan dan pelupusan bahan sisa terjadual (e-Waste);
- Pemasangan sistem solar;
- Perlaksanaan sistem pengumpulan dan penyimpanan air hujan (SPAH);
- Penambahbaikan keperluan kebun komuniti MPAJ bagi anugerah Kejiranan Hijau;
- Upah kerja memotong dan menjahit bag daripada kain rentang terpakai;
- Program waste to food untuk Kempen “Hari-hari Tanpa Sampah”;
- Pertandingan Taman Perumahan Terbersih MPAJ;
- Pertandingan Premis Bersih Go-Green Fog (Fat, Oil & Grease);
- Program Pertandingan Landskap;
- Pertandingan Perumahan Berstrata Terbersih dan Terindah;
- Program bebas plastik dan kempen pengurangan penggunaan penyedut minuman plastik;
- Program kitar semula;
- Program Capacity Building di bawah projek Low Carbon City Framework (LCCF);
- Program Jahitan Banner Terpakai Bersama Ibu Tunggal Peringkat Daerah Kuala Langat;
- Projek Mural Sempena Kempen Pasar Awam Bersih;
- Pemasangan Perangkap Sampah Sempena Projek Sungai Angkat di Parit DPLMX Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang;
- Projek Pemasangan Sticker Kempen Bebas Plastik Di Lif Bangunan Berstrata Dengan Kerjasama Unit COB MPKS;
- Pertandingan Video Pendek 3R Peringkat MPKS; dan
- Projek Pusat Kitar Semula Pintar SIDINA di Daerah Hulu Selangor.