Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

10) KUTIPAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Minta kerajaan negeri nyatakan jumlah dan statistik penerima zakat mengikut pengelasan di kawasan DUN Kajang dari tahun 2010-2013

    Bilangan asnaf fakir dan miskin di DUN Kajang bagi tahun 2010-2013 adalah seperti berikut:

     

    BILANGAN KELUARGA ASNAF FAKIR DAN MISKIN DARI TAHUN 2010-2013

     

     

    TAHUN

    BIL. FAKIR & MISKIN (KELUARGA)
    2010 1,028
    2011 1,132
    2012 1,282
    2013 1,180

     

  2. Minta kerajaan negeri kemukakan jumlah kutipan zakat dan jumlah kutipan yang telah diagihkan kepada penerima dari tahun 2010-2013

    Jumlah kutipan zakat dan agihan zakat dari tahun 2010-2013 adalah seperti berikut:

     

    JUMLAH KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DARI TAHUN 2010-2013

     

    TAHUN KUTIPAN ZAKAT (RM JUTA) AGIHAN ZAKAT (RM JUTA)
    2010 336,674,526 364,946,019
    2011 394,103,904 373,465,626
    2012 451,325,027 401,717,682
    2013 517,305,275 463,472,826

     

  3. Minta kerajaan negeri kemukakan unjuran kutipan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor dalam tempoh 5 tahun akan datang.

    Untuk makluman, LZS tidak menyediakan unjuran kutipan zakat untuk lima tahun akan datang. Sebaliknya, unjuran kutipan zakat dibuat pada setiap tahun. Bagi unjuran untuk tahun 2015, ia masih di dalam peringkat persediaan dan perlu mendapat kelulusan

Lampiran

Tiada Lampiran.