Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

169) KUTIPAN CUKAI TANAH DAN PREMIUM

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah hasil Kerajaan Negeri bagi hasil tanah dan premium mengikut daerah bagi tahun 2019, 2020 dan terkini?

    Hasil Kerajaan Negeri bagi kutipan cukai tanah dan premium mengikut daerah bagi tahun 2019 adalah seperti berikut :

    PEJABAT TANAH DAN GALIAN / PEJABAT DAERAH DAN TANAH 2019
    KUTIPAN          CUKAI TANAH           (RM) KUTIPAN PREMIUM TANAH (RM)
    PTG Selangor 213,110,251.61 6,995,082.12
    PDT Petaling 79,483,432.27 239,101,888.86
    PDT Gombak 78,216,322.00 131,333,104.35
    PDT Klang 95,939,046.89 274,087,049.99
    PDT Kuala Langat 14,219,400.38 87,969,421.60
    PDT Hulu Langat 35,202,104.51 61,251,417.13
    PDT Sepang 22,089,792.63 101,900,955.18
    PDT Kuala Selangor 6,047,022.20 92,164,391.66
    PDT Hulu Selangor 17,347,675.09 16,706,085.00
    PDT Sabak Bernam 2,290,065.61 8,356,471.00
    JUMLAH 563,945,113.19 1,019,865,866.89

    (Sumber : Laporan Hasil SPEKS pada 31 Disember 2019)

     

    Daripada keseluruhan hasil tahun 2019 yang berjumlah RM2,320.17 juta, hasil tanah iaitu hasil yang dikutip oleh Pejabat Tanah Galian Selangor dan semua Pejabat Daerah/Tanah berjumlah RM1.83 bilion iaitu 78.88 peratus.

    Bagi tahun 2020, hasil Kerajaan Negeri bagi cukai tanah dan premium mengikut daerah adalah seperti berikut :

    PEJABAT TANAH DAN GALIAN / PEJABAT DAERAH DAN TANAH 2020
    KUTIPAN          CUKAI TANAH           (RM) KUTIPAN PREMIUM TANAH (RM)
    PTG Selangor 234,645,110.28 10,814,502.10
    PDT Petaling 71,928,371.29 450,627,406.47
    PDT Gombak 55,902,245.31 115,896,363.63
    PDT Klang 79,777,554.02 161,163,741.06
    PDT Kuala Langat 12,883,638.15 72,841,534.40
    PDT Hulu Langat 33,644,911.07 155,104,092.90
    PDT Sepang 21,605,260.99 53,722,648.66
    PDT Kuala Selangor 8,240,306.11 27,606,619.24
    PDT Hulu Selangor 21,627,804.10 20,167,669.50
    PDT Sabak Bernam 1,859,352.16 6,657,354.00
    JUMLAH 542,114,553.48 1,074,601,931.96

    (Sumber : Laporan Hasil iSPEKS pada 31 Disember 2020)

     

    Daripada keseluruhan hasil tahun 2020 yang berjumlah RM2,257.65 juta, hasil tanah iaitu hasil yang dikutip oleh Pejabat Tanah Galian Selangor dan semua Pejabat Daerah/Tanah berjumlah RM1.81 bilion iaitu 80.32 peratus.

    Manakala, hasil Kerajaan Negeri bagi cukai tanah dan premium yang terkini sehingga 11 November 2021 mengikut daerah adalah seperti berikut :

    PEJABAT TANAH DAN GALIAN / PEJABAT DAERAH DAN TANAH 11 NOVEMBER 2021
    KUTIPAN          CUKAI TANAH           (RM) KUTIPAN PREMIUM TANAH (RM)
    PTG Selangor     264,147,012.58 14,594,819.00
    PDT Petaling       69,104,772.34 251,820,101.33
    PDT Gombak       51,226,643.28 62,965,703.36
    PDT Klang       70,014,595.36 278,648,340.50
    PDT Kuala Langat       11,842,837.96 77,949,599.50
    PDT Hulu Langat       30,570,376.48 94,788,828.00
    PDT Sepang       19,110,515.62 120,569,595.10
    PDT Kuala Selangor         7,248,348.95 61,418,068.70
    PDT Hulu Selangor       14,410,605.68 12,765,221.00
    PDT Sabak Bernam         1,847,255.17 5,776,387.00
    JUMLAH     539,522,963.42 981,296,663.49

    (Sumber : Laporan Hasil iSPEKS pada 11 November 2021)

     

    Daripada keseluruhan hasil sehingga 11 November 2021 yang berjumlah RM2,033.80 juta, hasil tanah iaitu hasil yang dikutip oleh Pejabat Tanah Galian Selangor dan semua Pejabat Daerah/Tanah adalah berjumlah RM1,687.43 juta atau 82.97 peratus.

     

  2. Selain kutipan hasil premium tanah, nyatakan mengikut pecahan hasil Kerajaan Negeri yang lain bagi tahun 2019 hingga 2021.

    Hasil selain tanah adalah terdiri daripada Pemberian Kerajaan Persekutuan, Faedah dan Perolehan dari Pelaburan, Cukai Hiburan, Cukai Hasil Hutan, Caruman Parit, Sewaan dan Denda & Hukuman serta lain-lain kutipan oleh Jabatan-Jabatan selain Pejabat Tanah Galian Selangor dan Pejabat Daerah/Tanah.

    Pada tahun 2019, hasil selain tanah yang dikutip adalah berjumlah RM490.09 juta atau 21.12 peratus daripada keseluruhan hasil sebanyak RM2,320.17 juta. Perincian hasil adalah seperti berikut:

     

    BIL HASIL SELAIN TANAH 2019

    (RM)

    1. Caruman Parit 25,309,182.77
    2. Cukai Hasil Hutan 45,059,533.98
    3. Cukai Hiburan 65,185,961.28
    4. Sewaan 5,461,421.03
    5. Faedah dan Perolehan dari Pelaburan 53,848,421.88
    6. Denda dan Hukuman 11,173,615.73
    7. Pemberian Kerajaan Persekutuan 237,181,862.30
    8. Lain-lain kutipan oleh Jabatan 46,873,284.51
      JUMLAH 490,093,283.48

     

     

    Bagi tahun 2020, hasil selain tanah adalah berjumlah RM444.24 juta atau 19.68 peratus daripada keseluruhan hasil sebanyak RM2,257.65 juta. Perincian hasil adalah seperti berikut:

     

    BIL HASIL SELAIN TANAH 2020

    (RM)

    1. Caruman Parit 17,646,332.86
    2. Cukai Hasil Hutan 36,153,914.84
    3. Cukai Hiburan 22,164,888.50
    4. Sewaan 21,307,933.77
    5. Faedah dan Perolehan dari Pelaburan 56,070,890.86
    6. Denda dan Hukuman 4,833,483.14
    7. Pemberian Kerajaan Persekutuan 245,288,350.53
    8. Lain-lain kutipan oleh Jabatan 40,776,868.12
      JUMLAH 444,242,662.62

     

    Manakala hasil selain tanah yang terkini sehingga 11 November 2021 adalah berjumlah RM346.37 juta atau 17.03 peratus daripada keseluruhan hasil sebanyak RM2,033.80 juta. Perincian hasil adalah seperti berikut:

    BIL HASIL SELAIN TANAH 11 NOVEMBER 2021

    (RM)

    1. Caruman Parit 18,956,597.66
    2. Cukai Hasil Hutan 31,781,121.48
    3. Cukai Hiburan 3,937,548.92
    4. Sewaan 20,790,009.55
    5. Faedah dan Perolehan dari Pelaburan 40,382,039.16
    6. Denda dan Hukuman 3,847,157.45
    7. Pemberian Kerajaan Persekutuan 181,922,945.92
    8. Lain-lain kutipan oleh Jabatan 44,754,513.53
      JUMLAH 346,371,933.67

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.