Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
249) KUTIPAN CUKAI TANAH DAN PREMIUM
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan hasil Kerajaan Negeri bagi hasil tanah dan premium mengikut daerah bagi tahun 2019 dan terkini tahun 2020.
Untuk makluman Yang Berhormat, prestasi kutipan hasil tanah bagi cukai tanah dan cukai petak untuk Negeri Selangor bagi tahun 2020 merekodkan sebanyak RM526,946,642.38 yang merangkumi hasil kutipan daripada setiap daerah. Manakala, prestasi kutipan hasil tanah bagi cukai tanah dan cukai petak untuk Negeri Selangor bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM550,164,385.88 yang turut meliputi kutipan daripada setiap daerah. Berdasarkan laporan prestasi kutipan hasil tanah tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat penurunan kutipan hasil tanah di Negeri Selangor pada tahun 2020 berbanding tahun 2019 iaitu sebanyak 4% daripada jumlah kutipan pada tahun 2019 di mana melibatkan amaun sebanyak RM 23,217,743.50. Di antara faktor utama yang menyumbang kepada penurunan kutipan cukai tanah dan cukai petak pada tahun 2020 adalah disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang telah memberi kesan ke atas ekonomi tidak stabil sehingga penghujung tahun 2020.
-
Selain kutipan hasil premium tanah, nyatakan mengikut pecahan hasil Kerajaan Negeri yang lain bagi tahun 2019 dan 2020.
Untuk makluman Yang Berhormat jua, jumlah kutipan premium tanah Negeri Selangor bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM1,019,865,866.89 manakala bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM1,074,627,030.96. Terdapat peningkatan jumlah kutipan pada tahun 2020 berbanding 2019 kerana terdapat beberapa pemohon dengan nilaian kutipan tinggi dicatatkan.
Disertakan jadual kutipan hasil tanah dan premium mengikut daerah bagi tahun 2019 dan 2020 seperti berikut:-
JADUAL KUTIPAN HASIL CUKAI DAN PREMIUM TANAH NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH BAGI TAHUN 2019
JABATAN HASIL CUKAI (TANAH & PETAK)
(RM)
PREMIUM (RM)
JUMLAH (RM)
PTG SELANGOR – 6,995,082.12 6,995,082.12 PTD PETALING 191,629,553.31 239,101,888.86 430,731,442.17 PTD GOMBAK 78,698,910.16 131,333,104.35 210,032,014.51 PTD KLANG 124,102,215.24 274,087,049.99 398,189,265.23 PTD KUALA LANGAT 16,811,006.68 87,969,421.60 104,780,428.28 PTD HULU LANGAT 43,182,290.09 61,251,417.13 104,433,707.22 PTD SEPANG 37,355,660.55 101,900,955.18 139,256,615.73 PTD KUALA SELANGOR 12,817,256.57 92,164,391.66 104,981,648.23 PTD HULU SELANGOR 41,772,883.34 16,706,085.00 58,478,968.34 PTD SABAK BERNAM 3,794,609.94 8,356,471.00 12,151,080.94 JUMLAH 550,164,385.88 1,019,865,866.89 1,570,030,252.77 (Sumber: Sistem iSPEKS, Perbendaharaan Negeri Selangor)
JADUAL KUTIPAN HASIL CUKAI DAN PREMIUM TANAH NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH BAGI TAHUN 2020
JABATAN HASIL CUKAI (TANAH & PETAK)
(RM)
PREMIUM (RM)
JUMLAH (RM)
PTG SELANGOR – 10,814,502.10 10,814,502.10 PTD PETALING 185,404,414.17 450,627,406.47 636,031,820.64 PTD GOMBAK 66,826,910.10 115,921,462.63 182,748,372.73 PTD KLANG 119,758,228.35 161,163,741.06 280,921,969.41 PTD KUALA LANGAT 16,230,868.93 72,841,534.40 89,072,403.33 PTD HULU LANGAT 44,689,788.77 155,104,092.90 199,793,881.67 PTD SEPANG 31,427,629.45 53,722,648.66 85,150,278.11 PTD KUALA SELANGOR 16,392,250.68 27,606,619.24 43,998,869.92 PTD HULU SELANGOR 42,517,900.34 20,167,669.50 62,685,569.84 PTD SABAK BERNAM 3,698,651.59 6,657,354.00 10,356,005.59 JUMLAH 526,946,642.38 1,074,627,030.96 1,601,573,673.34 (Sumber: Sistem iSPEKS, Perbendaharaan Negeri Selangor)