Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
277) Kutipan Cukai Tanah Dan Premium
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan hasil Kerajaan Negeri bagi hasil tanah dan premium mengikut daerah bagi tahun 2019 dan terkini tahun 2020?
Hasil Kerajaan Negeri bagi kutipan cukai tanah dan premium mengikut daerah bagi tahun 2019 adalah seperti berikut :
(Sumber : Laporan Hasil SPEKS pada 31 Disember 2019)
Daripada keseluruhan hasil tahun 2019 yang berjumlah RM2,320.17 juta, cukai tanah menyumbang sebanyak 24.31 peratus dan premium tanah menyumbang sebanyak 43.96 peratus.
Manakala, hasil Kerajaan Negeri bagi cukai tanah dan premium mengikut daerah sehingga 16 Oktober 2020 adalah seperti berikut :
(Sumber : Laporan Hasil iSPEKS pada 16 Oktober 2020)
Daripada keseluruhan hasil sehingga 16 Oktober 2020 yang berjumlah RM1,949.09 juta, cukai tanah menyumbang sebanyak 26.56 peratus dan premium tanah menyumbang sebanyak 47.43 peratus.
-
Selain kutipan hasil premium tanah, nyatakan mengikut pecahan hasil Kerajaan Negeri yang lain bagi tahun 2019 dan 2020?
Pada tahun 2019, Hasil Cukai selain daripada cukai tanah adalah berjumlah sebanyak RM136.76 juta. Hasil Bukan Cukai selain daripada kutipan premium tanah adalah berjumlah RM318.58 juta. Manakala, Terimaan Bukan Hasil adalah berjumlah RM281.02 juta. Keseluruhan hasil Negeri selain daripada kutipan cukai tanah dan premium tanah adalah berjumlah RM736.36 juta atau 31.73% daripada keseluruhan hasil tahun 2019 iaitu RM2,320.17 juta.
Sehingga 16 Oktober 2020, Hasil Cukai selain daripada cukai tanah adalah berjumlah sebanyak RM60.48 juta. Hasil Bukan Cukai selain daripada kutipan premium tanah adalah berjumlah RM210.33 juta. Manakala, Terimaan Bukan Hasil adalah berjumlah RM236.09 juta. Keseluruhan hasil negeri selain daripada kutipan cukai tanah dan premium tanah adalah berjumlah RM506.90 juta atau 26.01% daripada keseluruhan hasil sehingga 16 Oktober 2020 iaitu RM1,949.09 juta.