Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
191) KUTIPAN CUKAI PINTU KE ATAS RUMAH-RUMAH SEWA DAN RUMAH LOT LIDI DI TANAH PERSENDIRIAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengutip cukai pintu ke atas rumah-rumah sewa di atas tanah status pertanian dan rumah-rumah yang di bina di atas lot-lot lidi?
Sejak tahun 2016, Kerajaan Negeri telah mengecualikan cukai taksiran bagi kediaman kampung di semua PBT Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 38/2021 pada 10 November 2021 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 39/2021 pada 17 November 2021, PBT kini sedang menyediakan senarai nilaian baharu untuk dibentangkan semula kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan pengesahan selewat-lewatnya sebelum 31 Disember 2022. Senarai nilaian baharu ini akan mengambil kira semua kawasan operasi PBT termasuklah tanah yang berstatus pertanian dan rumah-rumah yang dibina atas lot-lot lidi.