Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

157) KUTIPAN CUKAI PINTU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah cukai pintu yang tertunggak seluruh Negeri Selangor mengikut PBT sehingga kini.

    Jumlah cukai pintu tertunggak dan bilangan premis seluruh Negeri Selangor mengikut PBT bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM228,448,848.84 melibatkan 582,147 premis dan pecahan mengikut PBT adalah seperti jadual berikut:

    PBT Tahun 2017
    Jumlah Tunggakan Cukai Pintu

    (RM)

    Bilangan premis yang mempunyai Tunggakan Cukai Pintu
    MBSA 39,657,490.19 68,895
    MBPJ 18,953,968.00 61,572
    MPK 41,640,966.43 69,425
    MPAJ 18,800,000.00 120,669
    MPSJ 13,351,000.00 10,312
    MPSp 28,683,314.00 32,318
    MPKj 13,161,083.10 63,673
    MPS 7,015,670.00 52,822
    MDKL 9,859,889.00 23,341
    MDHS 25,300,979.75 32,866
    MDKS 10,807,679.49 23,569
    MDSB 1,216,808.88 22,685
    JUMLAH 228,448,848.84 582,147
  2. Nyatakan jumlah premis yang terlibat

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Nyatakan prestasi kutipan cukai pintu terkini mengikut PBT

    Bagi memastikan perkhidmatan PBT di tahap yang optimum, Kerajaan Negeri telah menggariskan sasaran tahunan yang perlu dikutip oleh setiap PBT iaitu sebanyak 90% bagi Cukai Pintu Semasa dan 70% bagi Tunggakan Cukai Pintu.

    Kutipan cukai pintu semasa dari Januari sehingga Februari 2017 adalah berjumlah RM512 juta iaitu 77% dari keseluruhan RM664 juta yang patut dikutip bagi tempoh Januari hingga Jun 2017. Bagi tempoh yang sama, Kutipan tunggakan pula adalah sebanyak RM43 juta atau 22% dari jumlah keseluruhan yang patut dikutip iaitu RM195 juta. Perincian mengikut PBT adalah seperti Jadual berikut.

    PBT Kutipan Cukai Pintu Semasa Prestasi kutipan Kutipan Tunggakan Cukai Pintu Prestasi kutipan
    MBSA 111,391,214.35 80.13% 7,455,557.17 18.81%
    MBPJ 82,311,492.00 71.87% 7,931,411.00 41.80%
    MPK 63,700,078.26 80.00% 9,673,832.81 23.00%
    MPAJ 28,930,975.97 64.67% 1,870,285.05 38.46%
    MPSJ 70,744,249.99 76.34% 3,690,989.37 21.66%
    MPS 31,836,166.70 64.11% 1,965,179.20 21.88%
    MPKj 40,278,375.02 89.91% 4,167,656.65 31.67%
    MPSp 37,236,438.00 83.68% 2,249,103.00 18.80%
    MDKL 12,354,020.00 86.39% 1,539,545.00 43.99%
    MDHS 21,657,599.35 92.89% 1,708,303.25 6.55%
    MDKS 8,317,464.01 67.92% 1,004,489.71 12.56%
    MDSB 3,286,540.06 56.26% 165,122.42 13.57%
    JUMLAH 512,044,613.71 77% 43,421,474.63 22%

Lampiran

Tiada Lampiran.