Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

37) KUTIPAN CUKAI PETAK

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sasaran kutipan cukai petak untuk tahun 2020 dan 2019?

    Terima kasih kepada YB. Banting yang bertanya, untuk makluman semua, sasaran kutipan cukai petak yang disasarkan oleh kerajaan negeri untuk tahun 2020 adalah sebanyak RM37,085,000.00 meliputi cukai petak semasa sebanyak RM24,000,000.00 dan tunggakan cukai petak RM13,085,000.00. Manakala sasaran keseluruhan kutipan cukai petak untuk tahun 2019 pula adalah sebanyak RM38,910,000.00 yang merangkumi cukai petak semasa sebanyak RM30,000,000.00 dan tunggakan RM8,910,000.00.

     

  2. Berapakah banyak telah dikutip sehingga sekarang untuk tahun 2020 dan jumlah kutipan untuk tahun 2019?

    Sehingga 29 Februari 2020, jumlah sebenar kutipan cukai petak adalah berjumlah RM3,948,004.57 merangkumi kutipan cukai petak semasa sebanyak RM3,011,051.18 dan RM936,953.39 kutipan untuk tunggakan cukai petak. Manakala pada tahun 2019, sehingga 31 Disember 2019 jumlah keseluruhan kutipan cukai petak adalah sebanyak RM29,690,286.67 dengan pecahan kutipan meliputi RM18,325,335.93 adalah untuk kutipan cukai petak semasa dan RM11,364,950.74 untuk kutipan tunggakan cukai petak.

  3. Berapakah banyak jumlah keseluruhan telah dikutip sejak permulaan sehingga sekarang?

    Jumlah keseluruhan sebenar kutipan cukai petak bermula dari Jun 2018 sehingga 29 Februari 2020 adalah berjumlah RM49,306,780.77.

Lampiran

Tiada Lampiran.